BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 22, 2011

Rest in peace.

This is part of my memories.I wish i could burn it all away.

Kalau kau ingat lagi,
mula kita kenal kau yang cari,
aku online nampak kau add aku kat fb,
selalu inbox walau kau hantar malam aku balas pagi.

Dari fb naik satu level lagi,
kau dapat nombor sebab kawan aku yang bagi,
aku tanya sape kau jwb secret admirer diri ini,
walo dah tahu aku saja nak berbasabasi.

Malam pagi rasanya harihari,
makin hari makin menjadi,
dari kwn ada rasa aneh terselit kat hati,
kau ckp kau suka,aku kata aku tak ready. 

13 januari jadi saksi,
kau dan aku officially jadi,
firsttime jumpa kau bawak kamera sekali,
sebelom balik lollipop pelangi kau kasi.


Kedua jumpa dekat Mcd,
soalan kau tny,"asal tak tgk muka,ke tak sudi?"
lepas Mcd,batuburuk jadi destinasi,
cincin kau aku amek,genggam kemas takmo kasi.


Ketiga jumpa neo hitam kenderaan rasmi,
kau dtg pick-up kat umah,tak sangka kau berani,
perfume nike hadiah hari jadi,
tak mahal mana,tapi ikhlas dari hati.


Kau kat sana aku kat sini,
mesej call jela jadi ganti,
sambil cakap kau main gitar walau tak nyanyi,
mungkin aku tak respon tapi sumpah aku sangat hargai.


Tiap saat tiap masa tiap hari,
rasa jealous aku makin tinggi,
bila aku marah kau tetap setia cari,
sebab kau kata kau syg hubungan nie.


Satu hari kau balik cuti,
kita keluar situ sini,
ingat tak kau cubit lebam aku punya tangan kiri,
sebab aku selalu sebot benda yang kau tak sukai.


Sebelum kau balik kita keluar lagi,
kau bawak aku susuri jalan takpernah aku lalui,
tangan aku kau tak lepas walau seinci,
dalam hati aku kata,aku cinta kau sampai mati.

Mungkin aku lupa kuasa Allah paleng hakiki,
sehebat mana rancang tak semua jadi,
kita mula bergaduh selang sehari,
kadang aku tidur airmata kering kat pipi.


Aku tak sempurna sana sini,
penyebab hati kau terbang pergi,
aku terkilan dengan kau lelaki,
harusnya kau jujur dari mengkhianati.


Mana aku pergi kau tetap kat hati,
apa dipandang semua menggamit memori,
aku benci perasaan ni jerit dalam hati,
kenapa aku takmampu tepis kau pergi.


Mungkin sudah kau temui pengganti,
semoga bahagia sampai kau mati,
aku selesa bersendirian begini,
dari disakiti dan mungkin menyakiti.


Berakhir sudah hikayat kami,
hikayat tak agung,hikayat tersendiri,
mulai hari ini kau boleh pergi,
sebab aku takkan sesekali kejar kau lagi.


Kalau Tuhan bertanya padaku,
berikan kepadaku satu permintaanmu,
jawabku hanya"hilangkan dia dari jiwaragaku"
kerna ku tahu itu juga doamu saban waktu.


Mana kau pergi,
pintaku hanya satu ini lagi,
ingatlah hingga akhir hayat nanti,
kau pernah punya seseorang yang tulus menyayangi,
tapi kau biarkan dia pergi.









Theres just too much time cannot ERASE.

8 comments:

  1. fuhh...baca sambil dengar lagu di ambang wati nangis ahh...

    ReplyDelete
  2. babe,,best sanadd..lbey kurang je an love story kita?be single is better...no one will be hurted :)

    ReplyDelete
  3. thanks guise. im working on it. :)

    ReplyDelete